Tuesday, April 15, 2014

LAGU-LAGU DICIPTA UNTUK SUKAN


Lagu Tema Liga Champions UEFA


Lagu Tema Liga Champions UEFA
Pada tahun 1992. UEFA telah meminta Tony Britten untuk mencipta sebuah lagu tema untuk Liga Champion UEFA yang akan dimulakan pads bulan Ogos 1992. Lagu UEFA kemudiannya diadaptasi oleh lagu George Frideric Handel  yang berjudul Zadok the Priest. Kemudian lagu ini dinyanyi pula oleh St. Martin dengan iringan musik oleh Royal Philharmonic Orchestra. Lirik lagu ini menggunakan tiga bahasa rasmi UEFA iaitu bahasa Inggeris, bahasa Perancis dan bahasa Jerman. Lagu ini dimainkan sebelum pertandingan Liga Champions UEFA dan sebelum dan selepas siaran pertandingan UEFA. Masa lagu ini dimainkan selama tiga minit. Versi lagu ini tidak boleh dibeli dan diubah secara mudah kerana lagu ini telah di komersilkan di merata-rata tempat.

TAJUK LAGU : UEFA Champions League
PENCIPTA LAGU : Tony Britten
PENYANYI : Royal Philharmonic Orchestra



Lagu Rasmi Piala Dunia 2014: We Are One (Ole Ola)



Lirik Lagu Rasmi Piala Dunia 2014: We Are One (Ole Ola)
Pada 21 Ogos 2013, lagu  We Are One (Ole Ola) telah dicipta Armando Christian Pérez  untuk menjadi lagu rasmi kejohanan Piala Dunia. Lagu ini merupakan simbol kepada negara Brazil yang mempunyai pelbagai gaya atau corak dalam lagu mahupun tarian.
TAJUK LAGU : We Are One
PENCIPTA LAGU : Armando Christian Pérez
PENYANYI : Claudia Leitte dan Jennifer Lopez








                                      LAGU TEMASYA SUKAN SEA




Sukan SEA
Sukan Asia Tenggara (juga dikenali sebagai Sukan SEA), merupakan sebuah temasya sukan dwi-tahunan yang membabitkan 11 negara Asia Tenggara. Sukan ini berada dipimpin oleh Persekutuan Sukan Asia Tenggara dengan kerjasama Komiti Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Majlis Olimpik Asia. Kejohanan pada tahun ini diadakan di Myanmar dan lagu untuk kejohanan ini ialah Colourful Garden.

TAJUK LAGU : Colourful Garden
PENCIPTA LAGU :  Sone Thin Parr
PENYANYI : Mahar Zaw Win Htut



                                     LAGU TEMA SUKMA PERLIS 2014




'Seiring Menuju Kecemerlangan (SUKMA XVII Perlis 2014)' Info
Penyanyi : Adibah Noor

Lagu: Dato' Mokhzani Ismail
Lirik: Habsah Hassan
(P) 2014 Radio Televisyen Malaysia RTM




                                             GEMURUH SUARA ( TEAM MALAYSIA )




Gemuruh Suara - Team Malaysia
Artis: Team Malaysia (KRU, Ramli Sarip, Suki Low, Hannah Tan, Mooky of One Buck Short & Caprice)

                                                    BANGUN HARIMAU BANGUN 

Bangun Harimau Bangun 
Penyanyi : Malique


Sebenarnya , tanpa kita sedari . Muzik sangat penting dalam sesuatu aktiviti sukan . Muzik jugak bukan hanya di cipta utk temasya sesuatu sukan , akan tetapi muzik juga penting dalam sukan - sukan seperti wushu , silat , gimnastik , renang berirama dan  sebagainya . Bahkah senamronik juga memerlukan muzik . Kita dapat lihat di stadium - stadium , penyokong mempunyai lagu tersendiri untuk menyokong pasukan pilihan mereka dan bahkan mempunyai pertubuhan tersendiri seperti Ultras Malaya . 

SEJARAH MUZIK DALAM SUKAN

      Sejarah muzik ini bermula daripada orang Yunani purba yang terikat dengan prestasi muzik dalam acara sukan, terutamanya di quadrenniel Sukan Olimpik mereka.
      Sejauh mana unsur-unsur kebudayaan telah dimasukkan ke dalam permainan Pan-Hellenic adalah yang memberi kesedaran dan juga ransangan. Pada sesetengah perayaan, termasuk Delphi, Isthmia dan Athens, muzik memainkan peranan penting dalam pertandingan sukan.

      Kebangkitan semula Sukan Olimpik pada tahun 1896, muzik perayaan telah dimasukkan ke dalam beberapa pertandingan. Pada 25 Mac tahun 1896 pula, "Orkestra Filharmonik memainkan Lagu Kebangsaan dan lagu olimpik pertama ialah Lagu Hymne, yang ditulis oleh penyair Kostis Palamas dan komposer Yunani yang terkenal iaitu Spyridon Samaras."

KEPENTINGAN MUZIK UNTUK SESEORANG ATLET

Muzik merupakan satu rawatan terapi yang bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal. Muzik penting untuk atlet kerana ia mampu meningkatkan prestasi seseorang atlet dalam menjalani bidang sukan yang diceburinya. Menurut penyataan Dr Costas Karageorghis, muzik merupakan satu ‘legal drug’ ataupun dadah yang dibenarkan untuk atlet. Kata beliau lagi, apabila seseorang atlet itu mendengar muzik semasa dalam larian, ia akan meningkatkan prestasi atlet tersebut dalam 15% daripada keadaan biasa.
         Menurut kajian yang lepas, rentak muzik juga boleh memberi kesan kepada pergerakan atlet. Oleh itu, jika atlet mendengar lagu rentak yang cepat mereka mungkin lebih cenderung untuk meningkatkan pergerakan dalam kadar yang lebih cepat, dimana yang boleh meningkatkan prestasi (iaitu aktiviti berjalan, berbasikal). Begitu juga, bagi seorang atlet yang memerlukan pergerakan yang perlahan (iaitu angka skating), muzik rentak perlahan boleh membantu dalam mencapai prestasi optimum. Kajian ini menyokong Smoll dan Schultz (1982) bahawa irama merupakan komponen penting dalam kemahiran motor dan prestasi.
         Selain itu, semasa mendengar muzik juga boleh mengalihkan perhatian dari sensasi keletihan selepas melakukan aktiviti fizikal. Proses ini cenderung untuk menggalakkan keadaan mood positif (Karageorghis & Terry, 1997). Sebagai contoh, Wales (1986) menyokong bahawa muzik yang mempunyai rentak dapat merangsang prestasi senaman dengan mengurangkan kemarahan, kemurungan, dan keletihan ketara. Sebagai contohnya, lagu ‘We Are The Champion’.
         Muzik juga boleh memberi kesan kepada kadar rangsangan atlet. Sebagai contoh, penyelidik telah menunjukkan bahawa muzik boleh mengurangkan tahap kebimbangan atlet. Atlet boleh menggunakan muzik dalam persediaan untuk  sesebuah pertandingan kerana muzik dapat mempengaruhi rangsangan pemikiran atlet. Hubungan antara beberapa jenis muzik dan aktiviti fizikal boleh bertindak sebagai rangsangan. Sebagai contohnya, apabila  atlet ingin meningkatkan tahap kebangkitan mereka sebelum permainan, mereka boleh mendengar muzik yang dapat meningkatkan semangat mereka untuk keluar dan bersaing di peringkat yang tinggi.


KEBERKESANAN MUZIK DALAM SUKAN

Muzik akan mengubah rangsangan terhadap  emosi dan fisiologi. Oleh itu, muzik boleh digunakan sebelum pertandingan atau latihan sebagai perangsang, atau sebagai sedatif untuk menenangkan  perasaan cemas (Bishop et al. , 2007). Kebanyakan atlet akan menggunakan muzik yang cukup kuat untuk meningkatkan faktor fisiologi ke tahap optimum,"  tetapi pilihan yang lebih lembut juga boleh membantu untuk  mengawal fisiologi diri ke tahap yang rendah. Contoh yang terakhir adalah dua kali pingat emas Olimpik penggunaan muzik balada ke atas Dame Kelly Holmes dengan penuh perasaan oleh Alicia Keys. Sebagai contoh,  " Fallin ' " dan " Killing Me Softly" dalam rutin pra-acara beliau di Sukan Athens 2004. Walaupun proses fisiologi cenderung untuk bertindak balas kepada komponen berirama muzik, lirik atau persatuan extramusical yang akan memberi kesan ke atas emosi.  Kononnya , muzik yang mempunyai tempo cepat mempunyai tahap rangsangan yang lebih tinggi daripada muzik yang mempunyai tempo perlahan.
Menurut Dr Coastas, beliau mengatakan terdapat dua jenis pelari iaitu asosiator dan disosiator. Asosiator merupakan pelari yang menumpukan sepenuh perhatian terhadap larian mereka dan biasa terdapat pada atlet. Disosiator pula pelari yang memerlukan gangguan untuk meneruskan larian mereka dan kebanyakannya adalah pelari kebanyakan yang berlari sekadar untuk kesihatan dan keseronokan.
Muzik adalah sesuai untuk golongan disosiator berbanding asosiator. Apabila kita mendengar muzik segala kepenatan yang bermain diminda akan diganggu oleh muzik dan mampu meningkatkan prestasi anda ketika bersenam. Sama ada berjoging atau melakukan senaman. Muzik bagi golongan asosiator mungkin tidak akan memberikan kesan sebagaimana yang dilalui oleh golongan disosiator.


PERANAN MUZIK DALAM KEHIDUPAN

Muzik memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia seperti bidang keagamaan dan kesenian. Ia berkembang dan mewujudkan satu lambang budaya bagi mewakili identiti sesuatu etnik atau tamadun. Namun sejak kebelakangan ini , muzik memainkan peranan penting dalam bidang sukan . Sukan-sukan seperti wushu , gimnastik , renang berirama dan silat kebanyakannya menggunakan muzik . Kebanyakan atlet wushu , gimnas , dan perenang berirama memerlukan muzik bagi menunjukkan persembahan mereka dan muzik itu selalunya sesuai dengan persembahan atlet dalam sukan tersebut . Muzik juga turut penting dalam senaman seperti senamrobik , tarian  seperti zumba dan samba .
Muzik sebenarnya memberi kepentingan kepada golongan tertentu dan juga kepada sesuatu organisasi juga negara . Antara kepentingan kepada golongan tertentu adalah muzik menjadi terapi kepada individu yang melibatkan diri dalam senaman seperti senamrobik . Selain itu , muzik juga penting untuk sesebuah negara yang terlibat dalam sesuatu temasya sukan . Hal ini kerana  , muzik atau lagu melambangkan sesebuah negara . Organisasi tertentu seperti organisasi sukan FIFA turut mempunyai lagu atau muzik tersendiri bagi melambangkan organisasi berkenaan . Jelas sekali muzik sebenarnya memberi kepentingan kepada individu , masyarakat , sesuatu organisasi dan negara .

APA ITU MUZIK

DEFINISI MUZIK

Muzik adalah satu cabang seni dan juga sains yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal dan/atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi dan ersekitaran atau rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran dan emosi manusia yang juga boleh mencerminkan sesuatu budaya tertentu. Menurut Campbell 1995, muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek pendengaran atau aural. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan kepada bayi dan kanak-kanak pra sekolah dalam bentuk elemen muzik. Kini , muzik menjadi penting di dalam pelbagai bidang termasuklah dalam bidang sukan .


Muzik ialah bunyi yang diterima oleh individu dan berbeza bergantung kepada sejarah, lokasi, budaya dan citarasa seseorang. Definisi sebenar muzik juga berbeza:

* Bunyi yang dikira sedap oleh pendengarnya
* Apa apa bunyi yang dihasilkan secara sengaja oleh seseorang atau kumpulan


Walaupun muzik adalah sejenis fenomena intuisi, untuk mencipta, memperbaiki dan mempersembahkannya adalah suatu seni. Mendengar muzik pula adalah sejenis hiburan manakala mempelajari dan memahaminya adalah sejenis bidang/disiplin.


Muzik adalah sebuah fenomena yang sangat unik. dimana ianya boleh dimainkan degan beberapa gabungan alatan muzik. muzik juga merupakan satu cabang seni dan juga sains yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal dan atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi dari persekitaran atau rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran, dan emosi manusia yang juga boleh
mencerminkan sesuatu budaya tertentu.

Sunday, April 6, 2014

PENGENALAN

SUKAN DAN MUSIK

Blog ini adalah sebuah medium dalam mengkaji perkaitan dan hubungan antara muzik dan sukan .