Muzik merupakan satu rawatan terapi yang bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf
kesihatan mental serta fizikal. Muzik penting untuk
atlet kerana ia mampu meningkatkan prestasi seseorang atlet dalam menjalani
bidang sukan yang diceburinya. Menurut penyataan Dr Costas Karageorghis,
muzik merupakan satu ‘legal drug’ ataupun dadah yang dibenarkan untuk atlet.
Kata beliau lagi, apabila seseorang atlet itu mendengar muzik semasa dalam
larian, ia akan meningkatkan prestasi atlet tersebut dalam 15% daripada keadaan
biasa.
Menurut
kajian yang lepas, rentak muzik juga boleh memberi kesan kepada pergerakan
atlet. Oleh itu, jika atlet mendengar lagu rentak yang cepat mereka mungkin
lebih cenderung untuk meningkatkan pergerakan dalam kadar yang lebih cepat,
dimana yang boleh meningkatkan prestasi (iaitu aktiviti berjalan, berbasikal).
Begitu juga, bagi seorang atlet yang memerlukan pergerakan yang perlahan (iaitu
angka skating), muzik rentak perlahan boleh membantu dalam mencapai prestasi
optimum. Kajian ini menyokong Smoll dan Schultz (1982) bahawa irama merupakan
komponen penting dalam kemahiran motor dan prestasi.
Selain
itu, semasa mendengar muzik juga boleh mengalihkan perhatian dari sensasi
keletihan selepas melakukan aktiviti fizikal. Proses ini cenderung untuk
menggalakkan keadaan mood positif (Karageorghis & Terry, 1997). Sebagai
contoh, Wales (1986) menyokong bahawa muzik yang mempunyai rentak dapat
merangsang prestasi senaman dengan mengurangkan kemarahan, kemurungan, dan
keletihan ketara. Sebagai contohnya, lagu ‘We Are The Champion’.
Muzik
juga boleh memberi kesan kepada kadar rangsangan atlet. Sebagai contoh,
penyelidik telah menunjukkan bahawa muzik boleh mengurangkan tahap kebimbangan
atlet. Atlet boleh menggunakan muzik dalam persediaan untuk sesebuah pertandingan kerana muzik dapat
mempengaruhi rangsangan pemikiran atlet. Hubungan antara beberapa jenis muzik
dan aktiviti fizikal boleh bertindak sebagai rangsangan. Sebagai contohnya,
apabila atlet ingin meningkatkan tahap
kebangkitan mereka sebelum permainan, mereka boleh mendengar muzik yang dapat
meningkatkan semangat mereka untuk keluar dan bersaing di peringkat yang tinggi.
No comments:
Post a Comment